[VIDEO] Sharifah Sakinah Meroyan Depan CCTV

Wednesday, 23 October 2013

GEJALA ‘meroyan’ Sharifah Sakinah nampaknya diteruskan lagi melalui video terbaru dari laman Keeknya.
Kali ini, kamera litar tertutup (CCTV) pula yang menjadi subjeknya apabila dia menari dan menyanyi dengan aksi ‘gila-gilanya’ di bawah kamera tersebut dan dirakamkan oleh rakan lelakinya.
Walaupun tidak begitu melampau seperti video ‘bra dan seluar dalam merah’nya, namun status selebriti yang dipegangnya bakal menjadikan video ini sensasi di laman sosial.
Nampaknya, usaha berterusan si Sakinah ini akan menjadikan namanya terus popular di persada industri hiburan Malaysia.
Mungkin idea video murahan dan kontroversi sahaja yang dapat dijadikan modal oleh pelakon ini bagi menaikkan namanya.  Tahniah!
Kami yakin suatu hari nanti dia berubah dan tampil dengan imej dan perangai lebih sopan dengan ayat klise para artis, “saya sudah matang”.
Sementara itu, layankan saja.
sumber : mynewhub

Syamsul Yusof Malu Lakonkan Adegan Romantik Dengan Rita Rudaini




Rita Rudaini dan Syamsul Yusof adalah pelakon utama siri Ameera arahan Murali Abdullah. Jarang kita lihat Syamsul Yusof berlakon drama atau telemovie. Kemunculan Rita Rudaini di kaca tv selepas lama menyepi, memang saya suka lakonan Rita dan watak Ameera. Rita Rudaini memainkan watak yang lebih tegas dan tidak seperti selalu watak yang dia bawa seorang gadis lembut dan baik.
Dalam Ameera Rita Rudaini bukanlah jahat sangat tetapi dia bertukar menjadi wanita berani , tegas dan kasar kerana tekanan serta konflik dalam rumahtangganya. Syamsul Yusof pula, cara lakonannya tak ada beza, sebab masih nampak diri “Syamsul Yusof ” tu sendiri walaupun dia memegang watak Amir. Baik Syamsul jadi pengarah saja le, sebab hasil filem dia semua tau, memang meletopp 
Dalam Ameera banyak watak romantis antara pelakon utama, mereka kena mesra macam suami isteri, tetapi nampak jelas Syamsul Yusof tak dapat nak menutup sifat dan perasaan malunya..hehehe, nampak ketara sangat dan pengarah drama ni biar aje macam tu. Mesti payah dah nak buang malu Syamsul Yusof ni apabila Rita Rudaini cuba nak goda dia.. *blushing*
Rita Rudaini akui Syamsul memang pemalu
“Ini adalah gandingan pertama Rita dengan Syamsul dan Rita sifatkan dia seorang yang pemalu. Kalau Rita tidak mulakan perbualan atau buat perangai gila-gila, Syamsul biasanya lebih suka menyendiri. Apabila babak romantis saja, Syamsul mula nampak jadi tak tentu arah dan kurang selesa.
“Tidak dinafikan agak sukar mewujudkan keserasian pada awalnya, namun bonus apabila kita berlakon dengan seseorang yang faham kerja mereka sebagai pelakon. Jadi dalam pada ada masalah, keserasian kita tetap boleh mengatasinya,”

Rita Rudaini main janggut Syamsul Yusof …hahaha!!..tak jeles ke Aidil oiii..masih lagi hot Rita ni



Diana Danielle Dan Farid Bercakap Mengenai Seks, Penampilan Diri dan Coklat



BARU-BARU ini jenama coklat terkenal, Cadbury melancarkan kempen ‘Pick Your Favourite’.
Beberapa artis terkenal dipilih untuk mempromosikan kempen tersebut.
Antaranya pelakon suami isteri sensasi, Diana Danielle dan Farid Kamil.
Memandangkan coklat juga dikatakan antara makanan yang boleh menaikkan nafsu seks, pasangan tersebut telah ditanya mengenai perkara tersebut.
Adakah coklat juga sebagus seks pada pandangan anda?
Diana: Hehe, saya tak setuju.
Farid: Saya rasa ‘mood’ coklat itu sendiri boleh membantu.
Diana: Betul, tapi saya tak rasa coklat boleh ‘menggantikannya’ [ketawa].
Apa yang menarik bagi diri anda?
Farid: Saya suka ketinggian dan kekuatan kaki saya.
Diana: Saya suka mata saya. Terbaru saya amalkan menyapu sejenis minyak bunga ros bagi mengelakkan kedutan di bahagian mata.
Farid: Saya suka menunggang kuda dan sukan polo.Saya juga pergi gim. Saya tak cukur bulu kaki tapi saya suka buat ‘pedicure’.
Diana: Lelaki macam pelikla kalau cukur bulu kaki. Tapi Farid beritahu lelaki yang berbuat begitu adalah pembersih.
Farid: Saya paling pemalas potong kuku sendiri!
 

No. 1 Berita Harian Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger